CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 20 May 2011

Jom cuti-cuti!!!

Cuti datang lagi...

Bagi yang bekerja pastinya tercari-cari tarikh dan tempat yang sesuai untuk bercuti setelah penat bekerja kan. Manakala bagi yang berkeluarga pula, cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi adalah hari yang dinanti-nantikan.



So kamu bercuti dimana ya..adakah..?
(a) pulau - disambut dengan angin sepoi-sepoi bahasa
(b) bandar besar -penuh cita rasa
(c) tempat bersejarah - memukau sanubari
(d) taman tema - menjanjikan keriangan dan keseronokan
(e) gunung-ganang - saujana mata memandang


Tahukah kamu
tempat percutian pilihan kamu ada kaitannya dengan
personaliti diri kamu sendiri.

Iyakah..? x percaya..jom kita cek..



1.      PULAU

  • Percutian di pulau:  menjadi pilihan bagi orang-orang yang sukakan ketenangan dan kedaiman.
  • Personaliti: bagi yang gemarkan percutian di pulau, kamu adalah individu yang bijak mengawal emosi, berjiwa halus (sensetif la tu..hehe..) dan mudah mengeluarkan air mata. So, kamu ni cepat terasa dan mudah tersinggung. Alolo..manjanya..
  • Percintaan:  Oleh kerana kamu ni golongan yang sensetif, kamu pakar dalam memujuk hati pasangan kamu. Owh...so sweet... Kamu berhati lembut dan mudah jatuh hati. Tidak hairanlah kamu ramai peminat.

2. BANDAR-NADAR BESAR

  • Percutian di bandar besar: selalunya digemari oleh orang-orang yang suka membeli-belah. Erm..kaki shopping la ni... Ini kerana bandar-bandar besar banyak shopping complex dan outlet-outlet. Nah..di situlah memborong barang-barang; berbakul-bakul n berplastik-plastik sampai! Mungkin barang-barang tu tiada di tempat kamu atau ada pun mungkin mahal/tidak banyak pilihan.
  • Personaliti: Individu yang suka bercuti dibandar-bandar besar adalah orang boros. Suka mengeluarkan duit tanpa berfikir. Semua mahu dibeli kan..haha.. :D Yang positif tentang individu ni adalah kamu mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Tetapi kadangkala boleh menjadi seorang yang berhati keras. Sukar memerima pandangan, pendapat apatah lagi kritikan dari orang lain.
  • Percintaan: Kamu seorang yang takut pada komitmen dan tidak serius tentang cinta. Kalau in relationship pun orang-orang dalam kategori ni suka tukar-tukar pasangan. Bahaya orang ni tau..hati-hati..!!!

3.      TEMPAT BERSEJARAH
  • Percutian di tempat/kota/bandar bersejarah: suatu percutian yang eksotik, patriotik dan tentunya bagi orang-orang yang cintakan sejarah.
  • Personaliti: kamu seorang yang sukar ditafsir dan sukar dijangka. Kamu seorang yang bersahaja dan ringkas. Suka pakai t-shirt, bawa beg besar dan berselipar jika kemana-mana. Ringkas dan gemarkan hidup yang sederhana.
  • Percintaan: walaupun nampak bersahaja, individu ini tegas dan serius dalam percintaan. Kalau kena dengan orang yang tidak faham dengan kamu susahlah jawapnya. Suka dimanja tapi sukar pamerkan kasih sayang kepada pasangan.

4. TAMAN TEMA

  • Percutian di taman tema: selalunya budak-budak saja yang suka ditaman tema ni. Tapi ada juga antara kita yang suka bercuti di taman tema kan. Best...dan penuh dengan keriangan.
  • Personaliti: mempunyai sifat mudah bergaul, ramai teman dan sangat disenangi. Kadang-kadang bersifat keanak-anakan. Happy go lucky kan... Keburukan tentang kamu adalah kamu sukar membuat keputusan dan teragak-agak.
  • Percintaan: oleh sebab kamu ni bersifat keanak-anakan, kamu sukar untuk serius dalam sesuatu perkara. So jangan sampai partner kamu lari ya... Namun begitu, kamu seorang yang tabah dan rela berkorban apa saja especially dalam kebahagian dengan pasangan mu itu.

5. GUNUNG-GANANG/HUTAN

  • Percutian digunung-ganang: percutian seperti mendaki gunung, camping ataupun ekspedisi merupakan pilihan bagi yang sukakan aktiviti luar atau aktiviiti lasak.
  • Personaliti: seseorang yang berfikiran terbuka, berdikari dan lasak. Kamu boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Tapi kamu adalah individu yang tidak pandai duduk diam..haha.. :D
  • Percintaan: kamu sukakan pasangan yang boleh hidup berdikari sama macam kamu. Selalunya kamu tidak terkejar-kejar dengan cinta dan tidak terlalu manja. Oleh kerana bersifat independent, kamu berpegang pada prinsip "ada masa kita bagai pasangan kekasih, ada masa kita just macam kawan2 biasa saja". So kamu kena couple dengan orang yang betul-betul faham dengan diri kamu.

Orait...sudah tahu dan kenal siapa kamu? Siapa pun kamu, bercutilah kerana cuti itu indah. Waktu untuk kita berehat, lupakan sejekap tentang kerja, hilangkan tension dan mencari sesuatu yang mungkin lebih bermakna untuk diri kita sendiri. Kalau ditanya dengan saya, saya habiskan masa bercuti dengan di rumah sahaja - balik rumah family, makan, tidur, surf internet n of coz facebooking n blogging..haha.. :)

Nota kaki: Selamat bercuti!!!


0 comments:

Post a Comment